Posts

Showing posts from 2013
Image
Salam 10 Muharram 1435/ 14 November 2013 Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ini. Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara bulan-bulan yang dihormati sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.” (Surah at-Taubah: 36) Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.  Selamat berbuka dengan tamar.  
Image
Salam Syawal ke-19/ 26 Ogos 2013 Hari ini pihak institut mengadakan majlis perasmian sambutan bulan kemerdekaan. Majlis ini dikelolakan oleh JKS. Majlis berjalan lancar dan sungguh meriah. Sayangnya masih ada pelajar yang tidak menghayati majlis yang diadakan. Saya anak Malaysia.
Image
Salam Syawal ke-13/20Ogos 2013 Suasana sibuk di jabatan amat terasa. Masing-masing tidak menang tangan untuk membantu menyiapkan bahan untuk pameran bagi JPM. Tiada yang indah melainkan melihat keakraban kami bekerja dan bergurau bagai sebuah keluarga besar. Hati kami bagaikan bersatu. Usik-mengusik si abang dan adik menjadikan yang lain-lain tidak kering gusi.. Indahnya kami di JPM, IPGKTHO.  Suasana ketika menyiapkan papan pameran di DSB
Image
kat rumah mak ngah Salam Aidilfitri semua, Hari ini Syawal telah menjengah hari ke-10. Anak sulungku telah kembali ke KL untuk meneruskan kuliah bagi semester akhir. Kami sekeluarga mendoakan perjalanan anakku selamat sampai sehingga  ke destinasi.                                                                                                       Walaupun ada angah dan adik di rumah ..jika seorang tiada tetap terasa kekurangan ahli keluarga kami yang kecil ni.. Kepada an...

Catatan Ramadhan

Image
Salam Ramadhan yang ke-22. Semoga anda semua ceria dan bergembira. Tahun ini rasa-rasanya Ramadhan kami paling hebat.. Selain berpuasa, bertarawih dan melakukan ibadat-ibadat lain Kami belum lagi berbuka dengan hanya membeli makanan dari bazar Ramadhan yang banyak tumbuh seperti cendawan selepas hujan Semalam keluarga kami berbuka dengan kurma, roti canai segera yang aku bakar sendiri(jenama lazat) dan cicah dengan kari ayam dan sambal kerang. Air pula teh susu kesukaan Angah anak kedua aku. roti canai yang rangup Selamat berbuka.. sedang berfikir menu apa untuk hari ini....

Taekwando..........

Image
06072013 Letih otak... Kerja banyak dan tak pernah surut.... Anak bongsuku giat berlatih taekwando...maklumlah nak gi greding...
Image
Dua hari menghadiri kursus iSpring Suite... Seronok satu pengalaman baru dalam ICT dan P&P...
Image
Selamat bercuti................ Seronok anak-anak balik.... Masak kari ikan ... dan makan dengan capati  segera... sedap RESEPI KARI KEPALA IKAN SIAKAP 1kg kepala ikan siakap serbuk kari faeza secukupnya bawang besar-hiris halus halia-ketuk bawang putih - ketuk minyak masak- utk menumis santan pekat (drpd 2 biji kelapa) Cara 1.Tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga naik bau  2.Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air 3. Kacau hingga naik bau 4. Masukkan daun kari jika suka 5.Masukkan santan sekadar cukup untuk kepala ikan masak 6.Kecilkan api dan tambah garam , gula, serbuk perasa(jika suka) dan asam keping 7. Masukkan santan lagi jika kuah kurang.Jangan cair sangat. 8. Masaklah dengan api perlahan hingga ikan masak.. Selamat mencuba............
8 Januari 2013 Tahun baru... Azam lama yang mesti dilangsaikan.... Semoga tahun 2013 aku lebih berjaya..........