Catatan Ramadhan
Salam Ramadhan yang ke-22. Semoga anda semua ceria dan bergembira. Tahun ini rasa-rasanya Ramadhan kami paling hebat.. Selain berpuasa, bertarawih dan melakukan ibadat-ibadat lain Kami belum lagi berbuka dengan hanya membeli makanan dari bazar Ramadhan yang banyak tumbuh seperti cendawan selepas hujan Semalam keluarga kami berbuka dengan kurma, roti canai segera yang aku bakar sendiri(jenama lazat) dan cicah dengan kari ayam dan sambal kerang. Air pula teh susu kesukaan Angah anak kedua aku. roti canai yang rangup Selamat berbuka.. sedang berfikir menu apa untuk hari ini....