Salam Ramadhan 17 Jun 2014/19 Syaaban 1435 H Lebih kurang sepuluh hari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Sebagai umatnya kita perlu menyediakan diri daripada aspek fizikal dan mental dalam menanti ketibaan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Sebagai bulan yang paling agung sewajarnya sebagai umat islam kita perlu membanyakkan beribadat dalam bulan ini. Semoga kita akan terus diberkati. Jika ada usia kita akan berjumpa lagi Ramadhan 1436. Saya memohon sepuluh jari memohon keampunan andai ada salah silap dan terkasar bahasa terhadap anda semua. Selamat menjalani ibadah puasa.....