Posts

Showing posts from 2014
Image
Salam Ramadhan 17 Jun 2014/19 Syaaban 1435 H Lebih kurang sepuluh hari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Sebagai umatnya kita perlu menyediakan diri daripada aspek fizikal dan mental dalam menanti ketibaan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Sebagai bulan yang paling agung sewajarnya sebagai umat islam kita perlu membanyakkan beribadat dalam bulan ini. Semoga kita akan terus diberkati. Jika ada usia kita akan berjumpa  lagi Ramadhan 1436. Saya memohon sepuluh jari memohon keampunan andai ada salah silap dan terkasar bahasa terhadap anda semua. Selamat menjalani ibadah puasa.....
Image
            Set induksi yang menarik dan mendapat kerjasama daripada murid-murid- senaman Si Tomy Set induksi memainkan peranan yang penting dalam memulakan pelajaran. Set induksi yang menarik sudah pasti dapat menarik perhatian murid-murid dan secara tidak langsung memotivasikan murid-murid untuk terus belajar.
3 Mac 2014- Isnin Penyeliaan pelajar minor bahasa Melayu. Pergi ke sebuah sekolah dan mendapati kelas itu pelajarnya pelbagai kaum dan bangsa. Melihat guru pelatih mengajar . Hilang penat memandu apabila pelajar itu berjaya mengawal kelas dan pembelajaran dilaksanakan seperti yang dirancang. RPH yang disediakan baik dan teratur..
Image
Anak-anakku Apabila ada masa senggang apa yang mereka pasti lakukan ialah candid.
Image
Lawatan Pengarah ke Jabatan Pengajian Melayu.                                       Majlis terakhir Cik Hjh Roselena  sebelum bersara 60 tahun. Kain songket cantik kilauan Ditenun pula rakyat kebanyakan Tidak mampu dibalas budimu puan Kami Di JPM mendoakan kebahagiaan
Image
MUSIM BUAH-BUAHAN November - Disember musim buah-buahan. Arwah abah memang hebat. Sempat  memikirkan anak cucu serta generasi kemudian. Semua pokok rambutan, durian dan duku langsat berbuah dengan lebat. Kami yang tinggal mendapat faedahnya.
Image
Fail yang lengkap sebelum penilaian TBBK 2013. Alhamdulillah mendapat sokongan daripada KJ dan Pengarah. Terima kasih semua yang membantu dan memberi sokongan moral.